SOALAN LAZIM MENGENAI : BAYARAN PENDAHULUAN
BIL SOALAN JAWAPAN
1. Perlukah kontraktor membuat permohonan jika memerlukan wang pendahuluan? Ya, kerana ianya tidak diberi secara automatik. 
2. Adakah terdapat had tempoh permohonan? Permohonan hendaklah dikemukakan oleh kontraktor tidak lewat dari 3 bulan dari tarikh milik tapak bagi tender dan 1 bulan dari tarikh Inden Kerja/ Pesanan Kerajaan dikeluarkan bagi sebutharga. 
3. Adakah jumlah bayaran boleh dibundarkan? Ya, dengan syarat ianya sama seperti amaun yang dinyatakan di dalam jaminan. 
4. Bolehkah bayaran pendahuluan dibuat setelah bayaran interim dikeluarkan? Ya, selagi permohonan kontraktor dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh milik tapak 
5. Bolehkah syarikat usahasama kontraktor tempatan dan kontraktor asing mendapat kemudahan bayaran pendahuluan? Tidak. Tujuannya adalah untuk membantu kontraktor 100% tempatan. 
6. Adakah kontraktor perlu memohon (dengan mengemukakan surat)untuk pelepasan Wang Jaminan Pelaksanaan 100% /baki 50% selepas Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan? Tidak perlu 
7. Mengapa maklumat yang telah diisi tiada dalam paparan SMATRAK? Cth: Rekod Utama Projek Maklumat "SST telah tandatangan dan dikembalikan oleh Kontraktor?" adalah BELUM  
8. Mengapa terdapat 'error' pada paparan setelah mengisi Rekod Utama Baru projek? Kerana telah ada rekod utama menggunakan Nombor Kontrak yang sama 
9. Mengapa rekod kemajuan bayaran interim yang telah direkodkan tidak mengikut susunan Tarikh penilaian bagi setiap rekod tidak diisi sepenuhnya 
10. Bagaimana untuk menutup akaun jika kontraktor tidak dapat dikesan. Tindakan menutup akaun boleh diteruskan tanpa menunggu kontraktor dikesan. Walau bagaimanapun bagi tujuan bayaran akhir, bayaran boleh diuat kepada pihak Amanah Raya.  Nasihat mengenai tindakan yang perlu diambil hendaklah diperolehi daripada pihak Akauntan atau Penasihat Undang-undang yang mana berkenaan